Elak perangkap The Red Warriors

Pengalaman Indra Putra Mahayuddin (kanan) ditagih The Settlers 

menjelang aksi menentang Kelantan, Selasa ini.
Pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim menggesa anak buahnya supaya tidak terpedaya dengan prestasi hambar Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini.

Irfan melaungkan amaran itu menjelang aksi separuh akhir pertama, Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Selasa ini.

Menurut Irfan, beliau tidak tidak mahu anak buahnya memandang rendah kemampuan The Red Warriors (TRW)

“Kami tidak boleh membiarkan kedudukan semasa Kelantan dalam aksi liga domestik mempengaruhi pemikiran kami menjelang perlawanan ini.

“Kami akan pergi ke Kota Bharu dengan mentaliti untuk menang dan menjaringkan seberapa banyak gol,” katanya.

Irfan bagaimanapun mengakui perlawanan di Kota Bharu memberikan kelebihan buat pasukan Kelantan.

“Tidak ada masalah beraksi di tempat lawan terlebih dahulu.

“Apa yang paling penting sekarang ialah kami perlu menjaringkan gol di tempat lawan sebagai bekalan selesa sebelum kembali beraksi di tempat sendiri,” jelasnya lagi.

sinarharian.com.my

0 Response to "Elak perangkap The Red Warriors"

Post a Comment