Review Game - Johore FC vs Kelantan FA- Super League 2012.


Perlawanan malam ini berakhir dengan seri tanpa jaringan. Pada babak pertama pecubaan Agusto pada minit ke 7 di tolak keluar  oleh Khairul Fahmi Che Mat. Pada ketika itu nampak seolah-olah Johor fc boleh menciptakan kejutan dengan jaringan pertama. Pada minit ke 18 Riduwan Maun mensia-siakan peluang menjaringkan gol, namun hasil tandukan nya hanya sedikit sahaja tersasar di saat Khairul Fahmi sudah tertewas.

Manakala bagi pasukan Kelantan, peluang hadir pada minit ke 24 namun gagal diterjemahkan oleh Indra Putra Mahayudin kerana tendangan yang lemah terus ke penjaga gol Johor fc. 

Percubaan piya di luar kotak panalti hasil hantaran pendek yang cantik oleh Norshahrul Idlan Talaha namun rembatan padu piya ditepis keluar oleh Zamir penjaga gol Johor fc. Minit ke 62 berlaku keadaan kucar kacir di kawasan bahaya Johor fc, dua pemain Kelantan melakukan hantaran pendek dan belakunya kurang persefahaman dan S.Chanturu mensia-siakan peluang keemasan.

Pada minit ke 71 tandukan Henrique mengenai palang gol. Pujian harus diberikan kepada Obinna Nwaneri kerana sentiasa mengawal pergerakan Henrique dari bergerak bebas di kawasan Kelantan. Minit 76 Azwan Roya pula mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol hasil sepakan percuma nya tersasar.

Perlawanan kekal sehingga tamat separuh masa kedua. Johor fc 0-0 Kelantan fa



News by : LiveStreamingNews.net

0 Response to "Review Game - Johore FC vs Kelantan FA- Super League 2012."

Post a Comment