Selepas mengharungi jadual perlawanan padat sepanjang April dan Mei, pemain The Red Warriors akan bercuti beberapa hari sebelum kembali menyertai sesi latihan bersama Bojan Hodak.
Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di laman sosial Facebook, Pemain Kelantan dijangka menyertai semula sesi latihan pada 1 Jun 2012.
Ini berikutan Kelantan dijangka akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sebelum turun aksi seterusnya Liga Super melawan Kedah di laman sendiri pada 16 Jun.
Sementara itu, mengulas tentang jadual perarakan Piala FA yang baru dimenangi seminggu lepas, Annuar mengatakan perarakan dan pameran Piala akan dimulakan dari Wisma KAFA bermula Jumaat ini sehinggalah pada hari terakhir dimana Piala ini akan dimuatkan di Muzium Negeri Kelantan.
-RedsfcNews-
0 Response to "The Red Warriors Kembali Berlatih 1 Jun."
Post a Comment