KHARKIV, Ukraine - 'Kuda tua' Ukraine, Andriy Shevchenko berazam mahu menjadikan Sweden sebagai 'mangsa pertama' pasukannya menjelang aksi Kumpulan D Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 di Stadium Olimpik Kiev awal pagi esok.
Memiliki kelebihan selaku tuan rumah, Shevchenko juga percaya ini merupakan peluang terakhirnya bagi mendakap trofi Euro gara-gara sudah berusia 35 tahun.
Berjaya meledak 46 gol dalam 108 penampilan antarabangsa bersama Ukraine setakat ini, Shevchenko begitupun belum pasti menjadi pilihan utama jurulatih, Oleg Blokhin awal pagi esok.
"Saya tidak pasti diturunkan atau tidak, segala-galanya terpulang kepada jurulatih (Blokhin).
"Tetapi saya langsung tidak memikirkan perkara itu (diturunkan atau tidak).
"Yang penting saya bersedia pada bila-bila masa untuk diturunkan," katanya.
Menurut Shevchenko, masih banyak yang perlu diperbaiki Ukraine jika berhasrat untuk muncul juara.
"Kita tunggu aksi menentang Sweden nanti sama ada kami sudah mengalami peningkatan ataupun tidak," katanya.
Dalam pada itu, Blokhin juga masih berteka-teki sama ada mahu menurunkan Shevchenko ataupun tidak.
"Saya sukakan kejutan, jadi Shevchenko mungkin akan diturunkan atau mungkin juga tidak," katanya yang dilihat lebih gemar menggunakan khidmat penyerang muda, Andriy Yarmolenko. - Reuters
0 Response to "Euro 2012 - Shevchenko senjata sulit Ukraine."
Post a Comment