Terengganu dapat dua mata percuma

Kelantan FA
Kuala Terengganu: Kedudukan skuad Penyu dalam carta Liga Super berubah daripada tempat kelima kepada keempat apabila menerima tambahan dua mata selepas Kelantan didapati bersalah menurunkan pemain yang digantung satu perlawanan ketika aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pada 29 Mac lalu. 

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Marzuki Sulong, berkata pihaknya berterima kasih kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat, semalam memutuskan keputusan berpihak kepada Terengganu. 

Beliau berkata, tambahan dua mata itu membantu skuad Penyu merapatkan jurang daripada 21 kepada 23 mata dengan pendahulu liga, Pahang yang kini mengumpul 28 mata. 

0 Response to "Terengganu dapat dua mata percuma"

Post a Comment