Kelantan juara veteran 11’s

kelantan
Kuala Terengganu: Kelantan muncul juara edisi sulung Kejohanan Bola Sepak Veteran 11 Sebelah Piala Menteri Besar Terengganu selepas menewaskan Kedah 1-0 dalam aksi final di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Gol jaringan Hamdi Ibrahim pada minit ke-36 sudah cukup untuk membantu skuad diketuai Zamri Mohd Noor meraih wang tunai RM2,500 serta piala iringan.

Kedah yang mencipta kejutan menewaskan Terengganu pada separuh akhir jelas memilih strategi bertahan menunggu keputusan melalui penentuan sepakan penalti.

Sebelum itu, Kedah menewaskan tuan rumah menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas terikat tanpa jaringan pada sepenuh masa perlawanan. Kelantan pula menang 2-0 ke atas skuad NSTP salam satu lagi saingan separuh akhir.

Juara meraih wang tunai RM2,500, piala iringan dan hadiah manakala naib juara RM1,500. Terengganu dan NSTP masing-masing menerima RM500.

Hadiah disampaikan Exco Belia dan Sukan Negeri, Datuk Rozi Mamat.

Kejohanan anjuran Kelab Bola Sepak Veteran Terengganu itu mendapat kerjasama sepenuhnya Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu serta PBSNT, bertujuan mengeratkan semula hubungan antara bekas pemain negeri dan kebangsaan.

0 Response to "Kelantan juara veteran 11’s"

Post a Comment