Goerge Boeteng |
Boeteng berkata, proses tersebut amat penting buatnya dalam usaha mengembalikan reputasi Kelantan bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Menurutnya, pembinaan kekuatan pasukan itu meliputi semua bagi memastikan pasukannya mampu mengawal permainan sepanjang perlawanan berlansung.
"Saya mahu pemain menguasai perlawanan, ini kerana kita mempunyai ramai pemain yang bagus dan berkualiti sama ada tempatan mahupun import," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan pasukan di Stadium Sultan Muhammad IV, disini semalam.
Tambahnya, dia menaruh kepercayaan yang tinggi Kelantan mampu bangkit dalam perlawanan selepas ini walaupun mereka beraksi dibawah keupayaan sebenar sebelum ini.
Jelasnya, dengan ramuan pemain yang ada dia optimis Kelantan mampu kembali ke landasan sebenar dalam baki saingan Liga M selepas ini.
Boeteng dilantik sebagai pengendali baharu pasukan selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil tindakan drastik menamatkan kontrak ketua jurulatih sebelum ini iaitu Steve Darby gara-gara prestasi hambar.
Bekas pemain kebangsaan Belanda itu, turut memuji komitmen yang dipamerkan oleh pemain Kelantan yang begitu bersemangat ketika menjalani latihan di bawah kendaliannya.
Katanya, semua pemain menunjukkan semangat juang tinggi dan yakin mereka akan memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan selepas ini.
Boeteng bakal menempuh ujian pertamanya sebagai jurulatih The Red Warriors apabila pasukannya bakal membuat perhitungan dengan Felda United pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, 6 April ini.
www.utusan.com.my
0 Response to "Boeteng mahu bina semula TRW"
Post a Comment