Di mana Rajagobal menghilang?

Datuk K. Rajagobal
Selepas tidak lagi bersama skuad Harimau Malaya, nama Datuk K. Rajagobal kian hilang di bibir peminat bola sepak, malah jarang sekali beliau mengisi ruangan berita di media tempatan sejak kebelangan ini.
Apa yang beliau sedang usahakan sekarang ini? Itu menjadi persoalan ramai pihak khususnya peminat bola sepak negara pada ketika ini.

Jika sebelum ini, ada juga khabar angin yang bertiup dari Kota Bharu yang mengatakan Datuk K. Rajagobal akan memimbing skuad Kelantan bagi menggangtikan Steve Darby. Namun pengumuman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bahawa George Boateng sebagai jurulatih baharu Kelantan, sekaligus menafikan khabar angin tersebut.

Apa yang boleh dipastikan, Rajagobal kini sekali lagi menjadi perhatian apabila namanya disebut-sebut bakal menjadi jurulatih baharu skuad kebangsaan Vietnam. Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dilaporkan terdesak untuk mencari pengganti, Hoang Van Phuc yang melepaskan jawatannya bulan lalu.

Pun begitu, bukan Rajagobal sahaja dikaitkan dengan skuad Vietnam, tetapi bekas pemain Chelsea, Marcel Desailly turut berada dalam radar VFF. Bagaimanapun, VFF dikatakan lebih berminat memantau perkembangan Rajagobal apabila Desailly dilapor menuntut gaji yang tinggi.

Dalam laporan media tempatan hari ini, Rajagobal mendedahkan dia masih belum menerima tawaran daripada pihak VFF dan menganggap ia sebagai satu penghormatan sekiranya ia benar. Rajagobal berkata beliau mahu menilai dulu tawaran sebelum membuat sebarang keputusan

Dalam pada itu, beliau juga dilihat lebih tertarik kepada peringkat antarabangsa, berbanding dengan tugas membimbing pasukan tempatan.

0 Response to "Di mana Rajagobal menghilang?"

Post a Comment