FAM buat keputusan menjengkelkan - Annuar

Baihakki Khaizan 
Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang membenarkan Baihakki Khaizan beraksi bersama Lions XII, selepas pemain itu dilepaskan Johor Darul Takzim (JDT).

Menerusi laman Facebook miliknya hari ini, Annuar berkata: "Sekali lagi FAM dilaporkan membuat keputusan yang menjengkelkan. Baihakki dikatakan boleh beraksi dgn Lions XII jika kontrak dengan JDT di batalkan? Sangatlah aneh. Bagaimana boleh begitu sedangkan beliau tiada kontrak dengan Lions XII? dan pintu perpindahan sudah pun tutup?

"Atau sekali lagi kita mahu beri keistimewaan kerana ianya Singapura?," katanya.

Annuar yang juga penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) turut mempertikaikan keputusan FAM semalam yang memotong mata Kelantan selepas memberi kemenangan percuma kepada Terengganu kerana didapati menurunkan pemain yang digantung perlawanan.

"Dan TRW pula di potong mata kerana menurunkan Fitri menentang Terengganu. Satu isu yang sangat kabur. Peraturan memang ada namun sebahagian darinya sudah tidak di pakai oleh FAM. Pasukan tak jelas yang mana masih di pakai yang mana tidak. Fitri pindah pasukan dan pendaftaran baru dengan team baru. Jadi ada kesamaran. 

"Benefit of doubt tidak diberi. Dalam perlawanan berikutnya dengan ATM perkara itu di bangkitkan dan KAFA setuju tidak turunkan Fitri (kerana telah mengutip 3 kad kuning, 2 darinya waktu dengan ATM yang KAFA tidak mengetahuinya).

"Jadi wajarkah KAFA dihukum 2 kali? dan wajarkah aduan yg di buat selepas 48jam seperti disyaratkan dalam peraturan dilayan? Apakah sekali lagi kerana ini Kelantan? Yang lebih anih pemangku Presiden KAFA adalah pengerusi JK pertandingan? Siapa yang cuai di sini?.

Semalam, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Datuk Osman Salleh berkata, pasukan Terengganu diberi kemenangan percuma 3-0 ke atas Kelantan selepas pasukan pelawat didapati menurunkan pemain yang digantung perlawanan pada aksi Liga Super, 29 Mac lepas.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

"Kita telah mengenalpasti satu kesalahan telah berlaku dari segi 'eligibility' pemain dan jawatankuasa turut mengambil kira pandangan daripada AFC dan juga pesuruhjaya perlawanan. 

"Kelantan diberi amaran kerana supaya tidak menurunkan pemain yang tidak sepatutnya (pada perlawanan seterusnya)," kata Osman tanpa menyatakan nama pemain berkenaan.

0 Response to "FAM buat keputusan menjengkelkan - Annuar"

Post a Comment