Kalah kepada Selangor bukan penyudah untuk Pahang

Peluang Pahang menjadi pendahulu Liga Super sekali gus mengulangi sejarah merangkul Piala Super masih terbentang luas meskipun tewas kepada Selangor di Stadium Darul Makmur.

Itu reaksi pengendali skuad Tok Gajah Zainal Abidin Hassan.

"Tewas dengan Selangor (0-1) malam tadi bukanlan penamat untuk Pahang memandangkan saingan liga masih panjang, kita masih boleh tebus kekalahan ini dalam perlawanan akan datang," katanya.

Walaupun berpuas hati dengan persembahan pemain dalam perlawanan itu, beliau tetap merasa kecewa dengan sentuhan penyudah yang gagal memanfaatkan peluang diperoleh.

Selangor sebelum ini menduduki tangga kedua liga dengan berkongsi 28 mata dengan pasukan Pahang.

Namun selepas menewaskan Skuad Tok Gajah 1-0 dalam perlawanan ke-15 malam tadi, Gergasi Merah itu berjaya memintas dan menjadi pendahulu liga dengan mengumpul 31 mata.

Bagi saingan Liga Super selepas ini, Pahang dijadual menentang JDT pada Jumaat depan (16 Mei) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.

0 Response to "Kalah kepada Selangor bukan penyudah untuk Pahang"

Post a Comment