Piala Dunia: Samir Nasri, Gael Clichy Disisih Daripada Skuad Perancis

Pemain tengah berkaliber, Samir Nasri tidak disenaraikan  untuk mewakili Perancis ke Piala Dunia walaupun berjaya membantu Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Selain Nasri, rakan sepasukannya di City, Gael Clichy turut tidak dinamakan dalam senarai yang ditentukan oleh pengendali Perancis, Didier Deschamps.

Sembilan daripada 23 pemain yang mewakili Perancis terdiri daripada mereka yang bermain di England termasuk penyerang QPR, Loic Remy.

Perancis akan memulakan sepak mula bagi kumpulan E menentang Honduras pada 15 Jun dan mereka juga akan bertemu Switzerland dan Ecuador.

Antara pemain yang bermain di England dan disenaraikan dalam skuad Perancis ialah penjaga gol Tottenham Hugo Lloris; pemain Newcastle, Mathieu Debuchy dan Moussa Sissoko; pertahanan kiri Manchester United, Patrice Evra dan pertahanan tengah Liverpool,  Mamadou Sakho.

Nasri sebelum ini pernah diboikot daripada menyertai tiga perlawanan antarabangsa ketika Euro 2012 gara-gara sikapnya.

"Sedihnya ia tidak berlaku (mewakili Perancis), tetapi tak mengapa. Saya gembira kerana memenangi piala pada tahun ini. Adakah ia tidak mencukupi?

"Saya terlepas Piala Dunia 2010 tetapi masih berasa kuat daripada ketika ini. Saya akan menonton (saingan Piala Dunia) di televisyen semasa cuti nanti," kata Nasri.

Sementara itu, Deschamps berkata, Samir Nasri merupakan pemain penting bagi City tetapi bukan bagi skuad Perancis.

"Saya membina skuad terbaik dengan tidak mengambil 23 pemain terbaik Perancis," jelasnya.


Berikut merupakan senarai pemain skuad Piala Dunia Perancis:

Penjaga gol: Hugo Lloris (Tottenham Hotspur), Steve Mandanda (Marseille), Mickael Landreau (Bastia).

Pertahanan: Mathieu Debuchy (Newcastle), Lucas Digne (Paris St-Germain) Patrice Evra (Manchester United), Laurent Koscielny, Bacary Sagna (kedua-duanya Arsenal), Eliaquim Mangala (Porto), Mamadou Sakho (Liverpool), Raphael Varane (Real Madrid).

Tengah: Yohan Cabaye, Blaise Matuidi (kedua-duanya Paris St-Germain), Clement Grenier (Lyon), Rio Mavuba (Lille), Paul Pogba (Juventus), Moussa Sissoko (Newcastle), Mathieu Valbuena (Marseille).

Penyerang: Karim Benzema (Real Madrid), Olivier Giroud (Arsenal), Antoine Griezmann (Real Sociedad), Loic Remy (QPR - dipinjamkan kepada Newcastle), Franck Ribery (Bayern Munich), Stephane Ruffier (Monaco). 

0 Response to "Piala Dunia: Samir Nasri, Gael Clichy Disisih Daripada Skuad Perancis"

Post a Comment