Biarpun sedar perjalanan Pahang untuk ke final Piala FA begitu ranjau apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), namun pemain tengah Mohd Hafiz Kamal percaya pasukannya itu dapat melakukannya. |
Pemain itu turut berjanji dia akan membalas dendam apabila sekali lagi bertemu dengan lawan yang sama pada Selasa ini.
Menurutnya, dia menaruh harapan untuk keputusan positif ketika beraksi di separuh akhir pertama di gelanggang lawan yang boleh dijadikan bekalan selesa apabila beraksi di Stadium Darul Makmur.
Dalam laporan Harian Metro, Hafiz berkata: "Secara peribadi saya rasa tiada yang mustahil kerana pada aksi Liga Super, kami menang 3-2 tetapi perlu lebih berhati-hati kerana perlawanan pertama di gelanggang lawan,"
Mohd Hafiz yang baru saja mewakili Harimau Malaya pada aksi persahabatan dengan Filipina percaya rakan sepasukan juga mempunyai misi meraih bekalan selesa pada perlawanan itu.
0 Response to "Kami akan balas dendam"
Post a Comment