Malaysia mara ke separuh akhir Cabaran Juara-juara 1

KUANTAN 1 Mei - Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-juara 1 selepas menyingkirkan pasukan ranking keenam dunia, New Zealand menerusi penentuan pukulan penalti 3-2 di sini, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan terikat 4-4 selepas tamat masa penuh perlawanan di Stadium Hoki Indera Mahkota, biarpun skuad negara menamatkan babak pertama dengan mendahului 4-1.

Jaringan Malaysia disempurnakan oleh Azlan Misron pada minit ke-21, Muhammad Shahril Saabah (minit ke-23 dan 31) serta Mohd. Fitri Saari pada minit ke-24.

New Zealand pula memperoleh gol menerusi Steve Edwards seawal minit keempat, diikuti hatrik Andy Hayward pada minit ke-45, 60 dan 70. - UTUSAN ONLINE

0 Response to "Malaysia mara ke separuh akhir Cabaran Juara-juara 1"

Post a Comment